Blogger Backgrounds

theLOVESTORYofUS

Daisypath Anniversary tickers

Sunday, 31 July 2011

bila perempuan datang BULAN ...





1) EMOSI tidak STABIL & SUKAR untuk di KAWAL
2) AIR MATA ni senang je nak mengalir... pasal benda KECIL pun boleh jadi ISU
3) MUKA MASAM MENCUKA + BENGIS tak tentu pasal
4) SELERA MAKAN itu KURANG daripada biasa / TERLEBIH daripada biasa
5) PENYAKIT DATANG mencurah-curah
6) tak berminat untuk BERCAKAP BANYAK takut nanti MENYINGGUNG PERASAAN orang sekeliling 
7) rase macam nak TIDO je sepanjang hari
8) PANTANG salah sikit je nak MARAH tak tentu pasal (MEROYAN)
9) MALAS betimpa-timpa dalam diri tu nau'zubillah 
10) kerja nak MELAYAN PERASAAN je tak sudah-sudah.... hahaha~





p/s : 
kepada LELAKI di luar sana...
maaf lah kalau PEREMPUAN di sekeliling anda berperangai PELIK time-time DATANG BULAN
biasalah HORMON tak MENENTU...
bawa BERSABAU lah banyak-banyak ye....

Saturday, 30 July 2011

if someone is in LOVE with you

1] Orang yang mencintai kamu tidak pernah mampu memberikan alasan kenapa dia mencintai kamu. Yang dia tahu di hati dan matanya
    hanya ada kamu satu-satunya.


2] Walaupun kamu sudah memiliki teman istimewa atau kekasih, dia tidak peduli! Baginya yang penting kamu bahagia dan kamu tetap
     menjadi impiannya.


3] Orang yang mencintai kamu selalu menerima kamu apa adanya, di hati dan matanya kamu selalu yang tercantik walaupun mungkin kamu
    merasa berat badan kamu sudah bertambah.


4] Orang yang mencintai kamu selalu ingin tahu tentang apa saja yang kamu lalui sepanjang hari ini, dia ingin tahu kegiatan kamu.


5] Orang yang mencintai kamu akan mengirimkan SMS seperti ‘Selamat Pagi’,'Selamat Hari Minggu’, ‘Selamat Tidur’, ‘Take Care’, dan lain-lain
    lagi, walaupun kamu tidak membalas SMS-nya, kerana dengan kiriman SMS itulah dia menyatakan cintanya, menyatakan dalam cara yang
    berbeza,bukan “aku CINTA padamu”, tapi berselindung ayat selain kata cinta itu.


6] Jika kamu menyambut hari tahun dan kamu tidak mengundangnya ke majlis yang kamu adakan, setidak-tidaknya dia akan menelefon
    untuk mengucapkan selamat atau mengirim SMS.


7] Orang yang mencintai kamu akan selalu mengingat setiap kejadian yang dia lalui bersama kamu, bahkan mungkin kejadian yang kamu
     sendiri sudah melupakannya, kerana saat itu ialah sesuatu yang berharga untuknya.Dan saat itu, matanya pasti berkaca. kerana saat
     bersamamu itu tidak bisa berulang selalu.


8] Orang yang mencintai kamu selalu mengingati setiap kata-kata yang kamu ucapkan, bahkan mungkin kata-kata yang kamu sendiri lupa
    pernah mengungkapkannya. kerana dia menyematkan kata-kata mu di hatinya,berapa banyak kata-kata penuh harapan yang kau
    tuturkan padanya, dan akhirnya kau musnahkan? pasti kau lupa, tetapi bukan orang yang mencintai kamu.


9] Orang yang mencintai kamu akan belajar menggemari lagu-lagu kegemaran kamu, bahkan mungkin meminjam CD milik kamu, kerana dia
    ingin tahu apa kegemaran kamu - kesukaan kamu kesukaannya juga, walaupun sukar meminati kesukaan kamu, tapi akhirnya da berjaya.


10] Kalau kali terakhir kalian bertemu kamu mungkin sedang selesema, atau batuk-batuk, dia akan sentiasa mengirim SMS atau menelefon
      untuk bertanya keadaan kamu - kerana dia bimbangkan tentang kamu, peduli tentang kamu.


11] Jika kamu mengatakan akan menghadapi ujian, dia akan tanyakan bila ujian itu berlangsung, dan saat harinya tiba dia akan
      mengirimkan SMS ‘good luck’ untuk memberi semangat kepada kamu.


12] Orang yang mencintai kamu akan memberikan suatu barang miliknya yang mungkin buat kamu itu ialah sesuatu yang biasa, tetapi
      baginya barang itu sangat istimewa.


13] Orang yang mencintai kamu akan terdiam sesaat, ketika sedang bercakap di telefon dengan kamu, sehingga kamu menjadi bingung.
      Sebenarnya saat itu dia merasa sangat gugup kerana kamu telah menggegarkan dunianya.


14] Orang yang mencintai kamu selalu ingin berada dekat dengan kamu dan ingin menghabiskan hari-harinya hanya dengan kamu.


15] Jika suatu saat kamu harus pindah ke daerah lain, dia akan sentiasa memberikan nasihat agar kamu waspada dengan persekitaran
       yang boleh membawa pengaruh buruk kepada kamu. dan jauh dihatinya dia benar-benar takut kehilangan kamu, pernah dengar ‘jauh
       di mata, jauh di hati?’


16] Orang yang mencintai kamu bertindak lebih seperti saudara daripada seperti seorang kekasih.


17] Orang yang mencintai kamu sering melakukan hal-hal yang SENGAL seperti menelefon kamu 100 kali dalam masa sehari. Atau
      mengejutkan kamu di tengah malam dengan mengirim SMS. Sebenarnya ketika itu dia sedang memikirkan kamu.


18] Orang yang mencintai kamu kadang-kadang merindukan kamu dan melakukan hal-hal yang membuat kamu pening kepala. Namun ketika
      kamu mengatakan tindakannya itu membuat kamu terganggu dia akan minta maaf dan tak akan melakukannya lagi.


19] Jika kamu memintanya untuk mengajarimu sesuatu maka ia akan dgn sabar walaupun kamu mungkin orang yang terbodoh di dunia!.
      bahkan dia begitu gembira kerana dapat membantu kamu. dia tidak pernah mengelak dari menunaikan permintaan kamu walau sesukar
      mana permintaan mu.


20].Kalau kamu melihat handphone-nya maka nama kamu akan menghiasi sebahagian besar INBOX-nya. Dia masih menyimpan SMS-SMS
      dari kamu walaupun ia kamu kirim berbulan-bulan atau bertahun-tahun yang lalu. Dia juga menyimpan surat-surat kamu di tempat khas
      dan segala pemberian kamu menjadi benda-benda berharga buatnya.


21] Dan jika kamu cuba menjauhkan diri daripadanya atau memberi reaksi menolaknya, dia akan menyedarinya dan menghilang dari
      kehidupan kamu, walaupun hal itu membunuh hatinya.


22] Jika suatu saat kamu merindukannya dan ingin memberinya kesempatan dia akan ada menunggu kamu kerana sebenarnya dia tak
      pernah mencari orang lain. Dia sentiasa menunggu kamu.


23] Orang yang begitu mencintaimu, tidak pernah memaksa kamu memberinya sebab dan alasan, walaupun hatinya meronta ingin
      mengetahui, kerana dia tidak mahu kamu terbeban dengan karenahnya. saat kau pinta dia berlalu,dia pergi tanpa menyalahkan kamu,
      kerana dia benar-benar mengerti apa itu cinta...



2 P U R N A M A

the love story about 

mr. ZI QADUMI bin ZIRIN 
miss NURFARHANAH NABILAH binti AMIR HAMZAH

declare on 30th of MAY 2011

alhamdulillah... 2 bulan fasa pertama dah pun kami lalui bersama
kejap je da 2 bulan... tak sangka!!! pejam celik pejam celik...
sekejap je dunia ni berputar kan???

meyh,nak story sikit kisah kami berdua..

Ana da kenal en.Q ni da hampir 8 tahun... kami dulu kawan sekelas mase Form 1 dekat SEK.MEN.KEB.ISKANDAR SHAH (SIS)
dulu Ana pernah minat kat en.Q ni...siap hantar SURAT CINTA lagi !!! (malu) hahaha~
( p/s : cerite ni pun en.Q yang INGATkan Ana... ikutkan Ana da LUPE!)
biasalah mase tu tak matang lagi kan.. budak-budak lagi
tapi en.Q ni sombong! die tak nak kat Ana ni... yelah dulu Ana ni COMOT,SELEKEH ...
rasenya dia lah LELAKI PERTAMA dapat SURAT CINTA dari Ana...

1st pict taken together

setahun je sekelas.. then saya kene naik kelas lain... but kami still kawan macam biasa.... 2 tahun juga Ana SINGLE lepas kejadian hantar surat tu... (ala2 keciwa ) =p
then Ana dengar en.Q ni da ade mambang.. Ana pulak di lamar oleh salah seorang SENIOR FORM 5 kat sekolah ape lagi... terima je lah.. 3 tahun gak dengan si senior tu.. hah, tapi Ana dengan en.Q ni still lagi kawan macam biasa... kawan sekolah sampai lah masuk Form 4, en.Q ni pindah sekolah dekat Teknik Tawau, Sabah.. hah,amik kau... JAUH!


1st time makan McD bersama =) 

sepanjang en.Q dekat Sabah,kami still lagi berhubung macam biasa walaupun masing2 sebenarnye ade COUPLE... yelah kawan kan??? tapi takde lah SELALU... bile ade mase,bile ade CERITA nak di kongsi baru lah contact... sampai lah satu hari mase Form 5, masing-masing tibe-tibe jadi SINGLE... en.Q melamar Ana... fikir punye fikir, Ana pun TERIMA.. yelah, pernah SUKA kot sebelum ni... bermula lah CINTA JARAK JAUH kami berdua.. sorang di Melaka, sorang di Sabah... 



love this pict taken at Zoo with my lil cuz : awisy

tapi TAK LAME pun kami berCOUPLE... 2 bulan lebih je kot?? ke tak sampai pun.. en.Q kate TAK SELESA sebab da BIASA BERKAWAN... Ana pun PASRAH je time tu... orang da TAKNAK takkan nak PAKSA kan?? FRUST kot! haha~ sampai PONTENG SEKOLAH g jalan kat bandar sorang2... 

at pengkalan balak
sejak tu memang da JARANG berhubung dengan en.Q... bukan ape MARAH pun ade gak mase tu.. amik mase LAMA kot nak buang perasaan MARAH & KECIWA itu... sob..sob.. da la mase tu nak dekat SPM so MALAS la nak fikir sangat.. biar je benda tu lepas... masing-masing pun mulakan HIDUP BARU dengan PASANGAN BARU masing-masing... sejak tu memang TAK PERNAH JUMPA lagi en.Q... lame rasenya masing-masing menDIAMkan diri... hampir 2 tahun.... 



area bandar hilir
sampai di suatu hari... last semester kami start berhubung balik ... semuanya gara-gara FB =) 
en.Q naik status FB die cakap die terjumpa TAG NAMA PENGAWAS nama NURFARHANAH NABILAH... Ana pun terkejut! yelah, macam mane lah tag nama Ana tu boleh ade pada dia... untuk pengetahuan dalam DIAM, Ana ni RAJIN jugak STALK profile en.Q kat FB tu... ala-ala lagu " Jazz Hayat " (sila klik kalau nak dengar) hahaha~ (^__^) tak malu kan stalk FG X-Boy! 

" awak ingat awak tinggi saya takut ke??? "

sejak STATUS itu, kami pun berhubung semula tapi tak selalu, sebab masing-masing ade pasangan masing2... en.Q mase tu masih BAHAGIA dengan cik W... saya plak tengah berGEMBIRA dengan en.F. sampai lah satu hari masing-masing TERSINGLE balik... sebulan jugak en.Q tu men"CUBA" dapatkan HATI Ana ni... Ana bukan ape, TAKUT!!! tak nak lah "banana fruit twice" hahaha~ TRAUMA kot!!!


on abg farish nikah day at masjid Kem Wardieburn

alhamdulillah, PINTU HATI Ana ni terBUKA untuk TERIMA en.Q dalam HATI ni balik... 30hb MAY 2011, bertempat Medan Selera Lendu, dalam kereta Kancil en.Q... Ana SETUJU untuk BERCANTUM HATI dengan si NAKAL ni.. hahaha~ =)



1st time tengok die pakai baju melayu "segak bak pahlawan" 

oleh itu,bermula lah KISAH KAU&AKU antara kami berdua... 
dalam mase 2 bulan ni, macam2 da benda kami lalui bersama... benda yang tak boleh LUPA adalah mase kereta ROSAK kat tepi HIGHWAY.. bile ingat balik sangat KELAKAR kot! takkan lupe! setiap kali lalu dekat tempat kejadian mesti masing-masing GELAK... 

on abg farish reception day 

Ana harap en.Q adalah yang TERAKHIR dalam HIDUP Ana.. & Ana yang TERAKHIR dalam HIDUP en.Q... serius!!! Ana TERLAMPAU SAYANG en.Q... mase tulis entry ni JANTUNG Ana berdegup KENCANG.. BERDEBAR-DEBAR... teringat kan en.Q si buahatipengarangjantung Ana~


orang ingat kami lah PERANTIN =)

ok.. cukuplah setak ni dulu KISAH CINTA kami berdua yang baru bercambah 2 bulan... macam da 2 tahun plak bercerita panjang lebau kan??? 
kepada kawan-kawan yang terbaca entry ni.. doakanlah JODOH itu ADA UNTUK KAMI HIDUP BERSAMA nanti... insya'Allah.. kita manusia hanya mampu merancang... Allah yang menetukan segalanya...

alhamdulillah, Ana BAHAGIA bersama en.Q ... 

" LOVE is only a chapter in a GUY's LIFE. but to a GIRL, it's the WHOLE BOOK " 




p/s maaf entry kali ni panjang pulak... =) 
gambar-gambar yang ade semua adalah sepanjang 2 bulan ini...
di kesempatan ini Ana nak ucapkan selamat menyambut bulan Ramadhan Al-Mubarak kepada umat Islam =)








Friday, 29 July 2011

encik BINTANG

" happy birthday to you...
happy birthday to you...
happy birthday to en.BINTANG.....
happy birthday to you..... " 



ni vespa kesayangan en.bintang ;) comel kan??? 

ok.... kali ni entry pasal kawan baik LELAKI Ana... KAWAN sahaja tau!!! dalam HATI tetap ade en.Q sahaja ye... tiada 2 or 3 k.... jangan salah faham k???
name sahabat Ana ni en.J sempena HARI JADI DIE yang ke 20 hari ni... 
da hampir 5 tahun Ana kawan dengan die dan sepanjang 5 tahun tu baru SEKALI je Ana keluar dengan dia.. 
kami berKAWAN melalui TEKNOLOGI je... 
berkenalan melalui TELEFON...
sekadar bercakap melalui HP, berSMS, berchatting dekat YM, MYSPACE & FACEBOOK ... 
jumpe die pun AWAL TAHUN hari tu.. 15 JAN 2011... tu lah FIRST TIME jumpe sepanjang hampir 5 tahun kenal.. kalau ikut kan Ana nak jumpe die NEXT year lepas GRAD tapi die yang dah TAK SABAR nak jumpe... hahaha~ 

en.J sangat memahami Ana, sentiasa ada untuk Ana bile Ana sangat memerlukan seseorang... 
dia sangat menyokong Ana bile Ana rase down, selalu tegur Ana kalau die rase ape yang Ana buat tu salah.. 
die seorang SAHABAT yang SANGAT BAIK.. 
Ana je tak baik kat die.. bile da ade BF mesti jarang contact die... 
tapi die tak pernah touching dengan Ana.. marah Ana pun tak pernah.. 
Ana je pernah marah die.. touching dengan die.. 
ape pun....
TERIMA KASIH ye...  en.J sebab sudi jadi SAHABAT Ana =) 



en.J si bintang Ana =)

Ana panggil die BINTANG sebab die selalu cakap yang die tu BINTANG Ana...

" saya kan kawan baik awak yang jauh di MATA tapi DEKAT di HATI "
macam BINTANG.. die jauh dari mate kite kan??? bintang atas langit susah nak capai tapi tetap ade dalam HATI =) 


p/s kalau anda pernah terbaca entry 


C L A S S I C " 
sila klik ye 


hah,baju tu lah en.J ni yang bagi kat Ana...



Wednesday, 27 July 2011

MENAMBAH =)

alhamdulillah follower BELOG FARAH XIEOLA semakin meningkat... sangat SUKA + TERUJA + BAHAGIA =) 
Ana nak ucapkan berbanyak2 terima kasih kepada 

1) LUNA LANUN




sebab kerana merekalah ANA dapat menambah bilangan FOLLOWER untuk SUPPORT belog yang tak seberapa ni... (merendah diri) =)
yelah, mereka da menganjurkan macam-macam segmen untuk menambah bilangan FOLLOWER kat belog BLOGGERS yang lain terutama yang FRESHIE macam ANA ni kan?? 
mari support-menyapport antara satu sama lain k??? 
terima kasih ye... 


" terima kasih daun keladi;
ada masa buatlah segmen lagi."

sibuk ON CALL bersama en.Q =)




the SOLEMNIZATION

date : 22nd JULY 2011 (nikah)
23rd JULY 2011 (bersanding)
place : Kem Wardieburn
pengantin : en.mohd.Farish bin shamsuddin
&
pn.nor shafika binti shaharuddin


the DAYANGS hantaran



berdebar-debar sebelum di ijab kabulkan






kepak...kepak...kebung..kebung.... =p



ok ni perantinya






pelamin yang simple & nice kan?? 



yeay! da batal air sembahyang... 



alhamdulillah segalanya berjalan lancar... wedding cousin saya yang da lame kami tunggu yelah.. umur die pun makin berumur.. 

p/s sorry la gambar tak berape nak cantik coz tangkap gune camera HP je... tak mampu uolzz nak pakai DSLR lagi.. (kempunan) (^__^) 

Tuesday, 19 July 2011

JBL 7786

dear, bloggers sekalian alam... 
kali ni Ana nak story mory pasal BUAHATI kesayangan Ana... 
name die BABY JUMBO... <JBL 7786>
Ana TAK MENDUAKAN en.Q tau!!!
hahahaha~
BABY JUMBO kene masok "WAD" hari ni...
kesian di sakit... 


ni "WAD" untuk BABY JUMBO

ni "MUMMY" BABY JUMBO

ni lah BABY JUMBO... 


mummy BOSAN la jah... 


BJ ni da lame sakit cume cuti sem ni lah baru Ana sempat bawak die g jumpe "DOKTOR" sebelum ni takde mase.. 
Alhamdulillah.. BJ pun da sehat... =) seronok !!! lepas ni BJ boleh bawak MUMMY die MAKAN ANGIN jauh-jauh... 




p/s sebagai DRIVER kite mesti lah prihatin terhadap kereta kite.. walaupun kite perempuan tak semestinye kite tak perlu amik tahu.. 

F I R S T G I F T

sangat suke slink bag itu sebab die kaler MERAH... =)


hah,ini lah GIFT from en.Q si buahatipengarangjantung Ana
die ke serawak bercuti bersama kakak tersayang... tinggal la Ana kat semenanjung ni...
nasib lah die ingat kat Ana... 
ade jugak buah tangan dari bumi kenyalang... 
lupe nak bagi tahu
ni adalah 1st gift dari en.Q untuk Ana sejak 1 bulan 2 minggu 4 hari menjadi KEKASIH.. (cheeeewaaah) 
terima kasih sayang!!!!

-QADUMICINTAFARHANAHSELAMANYA-

Sunday, 17 July 2011

MERAHITAMPUTIH

 tadi mase jalan-jalan DATING dekat satu tempat ni.. tengah ade exhibition pasal WEDDING... ANA tertarik plak tengok... so, ANA tariklah tangan en.Q pegi tengok... huhuhu... semua orang ade angan-angan kan??? tibe2 kan en.Q saya bersuare... 


" yang nanti kan kalau kite kawin, saya nak pelamin kaler MERAH,PUTIH,HITAM...pelik tak??? " 


ANA pun jawab ...

" hurm,menarik... pastu kite pakai baju kaler PUTIH k??? " 



hahaha~ biase lah bile tengah berCINTA berangan macam-macam.. kawen nye plak entah bile.. ANA pun TAK HABIS BELAJAR lagi... 
balik rumah, Ana pun terus survey kat mr.GOOGLE nak cari imej ''PELAMIN" yang menarik.. hahahaha~







kalau boleh nak yang SIMPLE dan tak SERABUT... nak yang SWEET & ELEGAN je.. hehehe~
pasal TEMA ke ape ke BELUM terfikir lagi... 
ini pun KEBETULAN je TERcerita tadi... 
hahahaha~ =)

semogajodohituadauntukita...
QADUMICINTAFARHANAHSELAMANYA....


kau & aku

pheeewiitttt.. macam lagu elyana plak entry kali ni... 
selepas hampir 2 minggu MERENDAM perasaan RINDU akhirnya dapat jugak dilepaskan... 
tengok gambar jelah malas nak story panjang LEBAU .... 

sunglasses tajaan en.Q 

FA: "awak kite panas la!!" ZQ: "sabaulah nak tangkap gambau ni... "

FA: "awak ingat awak TINGGI saya takut ke???"

ZQ: "oh tak takut ye??? "


baiklah dialog adalah rekaan semata-mata... tak kisah lah yang penting ALHAMDULILLAH .... 
KAMIBAHAGIABERSAMA (^___^) 

bile duduk baru lah sepadan =)

Saturday, 16 July 2011

SEGMEN MARI MENAMBAH FOLLOWER


salam,
dear BLOGGER sekalian.. anda dijemput untuk join SEGMEN ini.. makluman lanjut boleh klik link kat bawah header ni... 


!                                                                             LUNA LANUN !

Aku Blogger Negeri Bersejarah



" awal bismillah pembuka kata,
pemanis kata selamat datang;
adat melayu tersusun rata,
pantun dimula kata terbentang."




Ana dilahirkan di <MELAKA> dan dibesarkan di <JASIN,Melaka> 

Melaka sangat terkenal dengan <ASAM PEDAS,CENCALOK> kalau datang sini boleh jugak makan <IKAN BAKAR> dekat <UMBAI> (^___^) sangat suke bab MAKAN ni.. =)

Ana still BELAJAR lagi dalam jurusan <DIPLOMA PENTADBIRAN AWAM> dekat salah satu IPTA di MELAKA juga.. <UiTM,LENDU> ...

hahaha~ memang tak nak keluar dari bumi BERSEJARAH ni kot.. 
hope dapat tambah SUPPORTER untuk BELOG Farah Xieola yang tak seberapa ni... 

-sayabudakbarubelajar-


Friday, 15 July 2011

2 CARA

dear BLOGGER sekalian...

Ana ni ade KEKELIRUAN IDENTITI sikit ni hah... bukan ape lain orang lain pandangan kan??? tak salah rasenya kalau Ana nak minta PANDANGAN dari anda semua...
hahaha~ macam kelakar pun ade jugak.. tapi nak tanye jugak!!! (^___^) wink..wink.. 
ok..ok... straight to the piont la ye... 
yang mane lebih SESUAI untuk Ana.... 


1) 

(= menggayakan SHAWL =)

ATAU


2)

(= menggayakan TUDUNG SARUNG =)

bukan ape.. ade sesetengah cakap Ana nampak LEBIH MATANG bila menggayakan TUDUNG SARUNG tu daripada pakai SHAWL buat Ana nampak macam budak KECIK dengan saiz badan Ana yang memang KECIL MOLEK ni.. hahaha~

so, apa PANDANGAN anda tentang hal ni.. mungkin anda ada BEST TIPS untuk Ana... 
seronok untuk BERGAYA tapi tak berape nak pandai lah... 

almaklumlah... 
(= -SAYABUDAKBARUBELAJAR- =)

Segmen Kenal Blogger Sampai Juling

Assalamualaikum wahai blogger sekalian... 
Ana join lagi SEGMEN-SEGMEN yang macam seronok ni lagi.. kali dengan CIK NAJIHAH =)
hopefully dapat menambah bilangan SUPPORTER untuk BLOG Farah Xieola ni... hehehe (^__*) 





=) saya SUKE kalau orang panggil saya 
<ANA FARAH>


=) ANA masih BELAJAR dalam Diploma Pentadbiran Awam di 
<UiTM Lendu>

=) KICAUAN untuk CIK NAJIHAH dari ANA :-
< Life is full of important moments.. The tears dry & the smiles fade, but the memories of them last forever. >